Lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Jabatan NADI MCMC

16 November 2024 | Aktiviti Terkini

15 November 2024, Jumaat – NADI Putrajaya, Presint 9 Fasa 3 telah menerima kunjungan lebih kurang 30 orang pegawai iaitu doktor KKM, Jabatan NADI MCMC, Maxis, MRIC Healthcare, dan Sprintz Designs. Program ini juga dibantu oleh staf dari NADI Putrajaya lain iaitu NADI Presint 9 Fasa 10, Presint 16 dan Presint 18. Kunjungan mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI Putrajaya khususnya perkhidmatan saringan kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan yang disediakan di NADI adalah seperti pemeriksaan Body Mass Index (BMI), pemeriksaan gula serta permeriksaan tekanan darah. Permeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan di NADI merupakan salah satu insiatif kerajaan dan perkhidmatan pintar yang disediakan khusus untuk komuniti Putrajaya. Komuniti hanya perlu mendaftar menjadi ahli di NADI sahaja untuk memperoleh keistimewaan ini secara percuma. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu komuniti disini yang rata-ratanya merupakan penjawat awam untuk mendapatkan akses kesihatan lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas